Jumaat, 24 April 2015

Aplikasi Telegram Untuk Pendidikan


Image result for telegram app


Aplikasi Telegram adalah seperti SMS dan e-mail yang telah digabungkan – fast, versatile and powerful. Fungsi Telegram sama seperti Whatsapp.  Pengguna boleh menghantar mesej, gambar, video dan fail dari pelbagai jenis (doc, zip, mp3, dan lain-lain) kepada orang-orang yang berada dalam kenalan telefon yang mempunyai akaun Telegram.

Aplikasi Telegram Messenger Terbaik
Pengguna juga boleh membuat kumpulan sehingga 200 orang. Aplikasi Telegram tidak terhad kepada smartphone sahaja malah pada versi dekstop juga diwujudkan bagi memudahkan pengguna berinteraksi dan menghantar pelbagai mesej kepada rakan-rakan.

BEZA ANTARA APLIKASI TELEGRAM DAN WHATSAPP


Image result for telegram app

Tidak seperti Whatsapp mesengger, Telegram mesengger adalah berdasarkan Cloud dan heavily encrypted. Pengguna boleh mengakses mesej daripada beberapa peranti termasuk Komputer atau laptop. Telegram juga lebih cepat, selamat dan percuma.

Aplikasi Telegram Messenger Terbaik

SIAPA PENCIPTA TELEGRAM?

Pavel dan Nikolai Durov, adik beradik dari Rusia telah bekerjasama mencipta aplikasi telegram dan mereka berdua pakar dalam bidang matematik dan juga programmer. 

Image result for Pavel Durov

Pavel Durov

Pavel menyokong dari segi kewangan dan ideaologi Telegram, manakala Nikolai memberi input tentang teknologi. Untuk mencipta Telegram, Nikolai telah membangunkan protokol data yang unik, terbuka, selamat dan dioptimumkan dengan pelbagai data. Hasilnya, Telegram menggabungkan keselamatan, kebolehpercayaan dan kelajuan di mana-mana rangkaian. Pusat Utama Telegram di Berlin.

REVIEW TENTANG APLIKASI TELEGRAM

Saya telah cuba aplikasi Telegram dan cuba mengajak rakan untuk mendaftar akaun Telegram serta merasai pengalaman sendiri bermesej melalui telegram dan berikut adalah review dari saya tentang telegram.

Image result for telegram vs whatsapp
Kelebihan Telegram

Lebih smooth daripada whatsapp.

Memang sangat smooth apabila dibuka sahaja aplikasi Telegram ini walaupun terdapat beribu-ribu notification @ mesej sama ada daripada personal mahupun group. Segalanya berjalan dengan lancar tanpa menyebabkan smartphone hang mahupun stuck.

Security

Telegram memberi jaminan tentang keselamatan buat pengguna Telegram. Malah Telegram dengan berani membuat tawaran kepada orang ramai untuk hack Telegram dengan ganjaran wang yang menari. Data Encryption yang sangat bagus dan lebih baik dari Whatsapp berdasarkan pakar teknologi.


Image result for telegram secret chat screenshot


Secret Chat

Wujud fungsi Secret Chat. Sebenarnya saya masih lagi belum mencuba fungsi Secret Chat namun menurut telegram ialah mesej yang terkandung dalam secret chat tidak terdapat pada cloud dan tidak boleh diakses pada peranti lain.
Maksimum 200 ahli.

Kalau Whatsapp maksimum ahli terhad pada 50 ahli tetapi tidak pada Telegram yang lebih daripada 50 ahli sehingga maksimum kepada 200 ahli. Sesuai bagi mereka yang mahu mencipta group dengan berskala besar. (updated 21/11/14 : Whatsapp maksimum 100 ahli)
Telegram Wujud pelbagai Peranti

Telegram bukan sahaja boleh wujud pada smartphone tetapi boleh download pada dekstop pengguna tetapi masih dalam (BETA).

Bising dengan bunyi group telegram, pengguna boleh mute dengan disable alert pada bahagian group notification dan sounds. Hasilnya, tidak keluar satu pun notification pada Homepage smartphone.

Hanya muncul notification apabila dibuka aplikasi Telegram. Sistem Mute Telegram sangat berlainan dengan Whatsapp.

Tiada limit yang dikenakan bagi menghantar gambar, video dan pelbagai fail.



0 ulasan :

Catat Ulasan