Selasa, 28 April 2015

Perbezaan Pembelajaran Dahulu Dan Sekarang

Pembelajaran dahulu






Dahulu cara pembelajaran tidak meluas kerana tiada kemudahan teknologi seperti komputer, rangkaian jalur lebar,mahupun kumudahan sekolah yg disediakan oleh kerajaan.Dengan ini kita dapat merasakan bahawa teknologi pada zaman sekarang amat penting untuk sesi pengajaran dan pembelajaran(pnp). Cara pembelanjaran yang terdahulu amat meyusahkan pelajar kerana tiada kemudahan internet yang disediakan kepada pelajar untuk mencari sesuatu perkara yang dikehendaki. Mereka terpaksa bersusah-payah untuk pergi bertanya dengan guru bagi menyelesaikan tugasan yang begitu rumit. Hal ini menyebabkan pelajar berasa bosan untuk belajar disebabkan perkara yang sukar untuk mereka fahami. 


Pembelajaran zaman sekarang





Pada zaman sekarang,pelbagai kemudahan telah disediakan oleh pihak kerajaan yang memudahkan pelajar untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Kemudahan ini juga boleh memudahkan pelajar mencari maklumat yang dikehendaki  malah boleh menambah ilmu pengetahuan yang baharu.Dengan ini pelajar dapat mencari maklumat dengan menaip perkataan yang dikehendakinya.Pelajar juga dapat bertanya apa yang mahu ditanya kepada gurunya tentang pembelajaran atau tugasan yang tidak difahami aplikasi yang disediakan.Aplikasi-aplikasi ini amat berguna kepada pelajar. Dengan ini semua perkara yang anda kehendaki berada di hujung jari anda.Ini adalah inovasi yang dilakukan oleh pihak yang mementingkan pendidikan menggunakan inovasi jalur lebar.Inovasi jalur lebar amat berguna untuk generasi baru.










1 ulasan :

afifi azman berkata...

good and nice

Catat Ulasan