Sasbadi merupakan satu syarikat unggul dalam penerbitan
buku-buku rujukan pelajar dan buku-buku ilmiah di negara kita. Seiring dengan
perkembangan dunia ICT,mereka mengambil langkah membina beberapa aplikasi
pembelajaran online untuk pelajar pelajar di Malaysia menerusi Sasbadi Online .
Antara produk mereka yang terkenal adalah Sasbadi i-Learn yang digunakan oleh
para pelajar di Malaysia. Dibangunkan menggunakan aplikasi terkini HTML5 ianya
menjanjikan pengalaman pelayaran yang lancar dan menyeronokan. Sasbadi i-Learn
juga telah dipilih sebagai platform pengajaran bagi program Interaktif-Tuisyen
Rakyat 1Malaysia (i-TR1M).
Menggunakan pengalamannya dalam penerbitan, Sasbadi i-Learn
menawarkan pelbagai ciri yang menarik. Antaranya, nota yang dibekalkan begitu
efektif, berkualiti serta mengikut silibus semasa. Nota rujukan yang dibekalkan
boleh diperkayakan lagi dengan fungsi sticker. Pada aplikasi NOTA anda boleh
'melekatkan' teks, gambar dan video tambahan pada nota yang diberikan. Selain
itu, pelajar dapat memantap pemahaman dengan menjawab soalan pada fungsi ujian segera.
Fungsi PELAJARAN membenarkan pelajar merekabentuk pelajaran
kendiri. Mereka boleh memasukan pelbagai elemen multimedia kedalam nota peta
minda digital. Peta minda yang siap dibina boleh dirujuk pada bila-bila masa
dan boleh pula dikongsi dengan rakan-rakan i-Learn. Pengguna boleh ke fungsi
Pelajaran Kreatif Rakan i-Learn untuk melihat beribu peta minda digital yang
telah dihasilkan.
Untuk mengenalpasti prestasi semasa pengguna atau pelajar,
fungsi KEMAJUAN diperkenalkan. Mereka boleh mengenalpasti kelemahan diri dan
mengukurnya dalam data yang mudah difahami. Kad laporan digital ini boleh
diakses oleh ibubapa untuk pemantauan. Selain itu, portal ini juga dapat
diakses menggunakan telefon pintar tanpa sebarang masalah. Kami melakukan ujian
dengan menggunakan beberapa peranti mobile untuk melayari platform ini.
ternyata ianya amat lancar tanpa sebarang gangguan.
Sasbadi i-Learn telah dikolaborasikan dengan
pengguna-pengguna lain dalam negara
kita. Pengguna dapat berinteraksi dan berkongsi ilmu pengetahuan sesama mereka.
Mereka juga boleh melihat ranking mereka dalam rangkaian. Ianya menyediakan
fungsi sepertimana laman sosial tetapi dengan fungsi yang minima. Harga yang
ditawarkan bagi satu akaun adalah RM250 (tertakluk kepada perubahan). Bagi UPSR
semua subjek teras ditawarkan. Manakala bagi PMR dan SPM subjek yang ditawarkan
adalah Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan
Geografi.SELAMAT MENCUBA.
0 ulasan :
Catat Ulasan