Rabu, 15 April 2015

PERANAN YOUTUBE DALAM PENDIDIKAN

Image result for youtube icon

APA ITU YOUTUBE?


YouTube ialah laman web perkongsian video yang disukai ramai pada masa sekarang dan yang membenarkan penggunanya memuat naik, menonton, dan berkongsi klip video. Video-videonya boleh dinilai, dengan kedua-dua pemeringkatan purata serta kekerapan video itu ditonton dipaparkan.Diasaskan pada Februari 2005 oleh tiga orang bekas pekerja PayPal, Youtube yang berpusat di San Bruno mempergunakan teknologi Adobe Flash untuk memaparkan video. Jenis kandungan laman web ini amat meluas dan merangkumi klip-klip filem,rancangan televisyen, dan video muzik, serta kandungan amatur seperti videoblog dan video ringkas yang asli. Syarikat ini yang kini menggaji 57 orang pekerja dinobatkan "Rekaan Terbaik untuk Tahun 2006" oleh majalah TIME. Pada Oktober 2006, Syarikat Google Inc. mengumumkan bahawa ia telah mencapai persetujuan untuk memperoleh YouTube pada harga AS$1.65 bilion dalam bentuk saham Google. Urus niaga tersebut selesai pada 13 November 2006.


PENGGUNAAN YOUTUBE DALAM PENDIDIKAN

Pelajar dan guru dapat menggunakan youtube dalam kehidupan seharian mereka.Mereka dapat mencari video-video yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran mereka.Mereka dapat menonton vidoe yang berkenaan dengan pendidikan dan mereka juga dapat memahami sesuatu kejadian itu berlaku seperti menonton eksperimen yang berbahaya untuk dilakukan di sekolah mahupun di rumah.

CONTOH VIDEO













Dan banyak lagi video-video yang menarik untuk ditonton dan juga bersesuaian dengan pelajar dan guru.Semestinya mengujakan kepada anda.

1 ulasan :

Unknown berkata...

good

Catat Ulasan