APA ITU YOUTUBE?
YouTube ialah laman web perkongsian video yang disukai ramai
pada masa sekarang dan yang membenarkan penggunanya memuat naik, menonton, dan
berkongsi klip video. Video-videonya boleh dinilai, dengan kedua-dua
pemeringkatan purata serta kekerapan video itu ditonton dipaparkan.Diasaskan
pada Februari 2005 oleh tiga orang bekas pekerja PayPal, Youtube yang berpusat
di San Bruno mempergunakan teknologi Adobe Flash untuk memaparkan video. Jenis
kandungan laman web ini amat meluas dan merangkumi klip-klip filem,rancangan
televisyen, dan video muzik, serta kandungan amatur seperti videoblog dan video
ringkas yang asli. Syarikat ini yang kini menggaji 57 orang pekerja dinobatkan
"Rekaan Terbaik untuk Tahun 2006" oleh majalah TIME. Pada Oktober
2006, Syarikat Google Inc. mengumumkan bahawa ia telah mencapai persetujuan
untuk memperoleh YouTube pada harga AS$1.65 bilion dalam bentuk saham Google.
Urus niaga tersebut selesai pada 13 November 2006.
PENGGUNAAN YOUTUBE DALAM PENDIDIKAN
Pelajar dan guru dapat menggunakan youtube dalam kehidupan
seharian mereka.Mereka dapat mencari video-video yang berkaitan dengan
pembelajaran dan pengajaran mereka.Mereka dapat menonton vidoe yang berkenaan
dengan pendidikan dan mereka juga dapat memahami sesuatu kejadian itu berlaku
seperti menonton eksperimen yang berbahaya untuk dilakukan di sekolah mahupun
di rumah.
CONTOH VIDEO
Dan banyak lagi video-video yang menarik untuk ditonton dan juga bersesuaian dengan pelajar dan guru.Semestinya mengujakan kepada anda.
1 ulasan :
good
Catat Ulasan